اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ كَانَ
بِعِبَادِهِ خَبِيْرًا بَصِيْرًا، تَبَارَكَ الَّذِيْ جَعَلَ فِي
السَّمَاءِ بُرُوْجًا وَجَعَلَ فِيْهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُنِيْرًا. أَشْهَدُ
اَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وُرَسُولُهُ
الَّذِيْ بَعَثَهُ بِالْحَقِّ بَشِيْرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيَا إِلَى الْحَقِّ
بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا. أَمَّا بَعْدُ؛
Segala puji bagi Allah, yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat hamba-hambanya, Maha suci Allah, Dia-lah yang menciptakan bintang-bintang di langit, dan dijadikan padanya penerang dan bulan yang bercahaya. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, yang diutus dengan kebenaran, sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan, mengajak pada kebenaran dengan izin-Nya, dan cahaya penerang bagi umatnya. Ya Allah, curahkan sholawat dan salam baginya dan keluarganya, yaitu doa dan keselamatan yang berlimpah. Adapun sesudah itu, pada suatu hari datang kepadaku murid2ku meminta supaya daku tulis sejarah singkat tentang kehidupan mazhab yg empat. Yg pada dasarnya daku tak memiliki ilmu tentang perihal tersebut. Dengan memohon ridha dari Allah dan keampunan dari segala dosa zahir batin dan petunjuknya allah maka daku mencoba mempelajari beberapa kitab tentang sejarah kehidupan para Imam Mujtahid, sehingga hasillah bagiku menulis sedikit dalam masalah tersebut. Dan juga mungkin tak luput dari kesilapan dan kesalahan, semoga Allah mengampuni dosa2ku dan orangtuaku serta guru2ku sekaliannya.Amin.
EMPAT MAZHAB FIQH UTAMA
SERTA ASAL
IJTIHAD DALAM MAZHAB
MAZHAB HANAFI
Dinisbahkan mazhab ini kepada Imam an-Nu'man bin Thabit (lahir
tahun 80 H, wafat tahun 150 H) . Terkenal dengan gelaran al-Imam Abu Hanifah.
Keturunan beliau berasal dari Parsi, bagaimanapun beliau menjadi ahli
Iraq.Beliau dianggap pemimpin aliran 'ahli ra'yi', dan juga dikira sebagai
pelopor ilmu qias (perbandingan).
Asal Mazhab beliau adalah :
a.
Al-Quran
al-Karim.
- Beliau
tidak menerima pemakaian 'mafhum mukhalafah'.
- Tidak terhenti menghukum pada zahir ayat,
bahkan mengkaji 'illat serta meneliti ruh tasyri'. Tidak memegang hanya pada
zahir nas al-Quran.
b.
As-Sunnah
an-Nabawiyah.
- Berpegang
kepada hadith mutawatir dan masyhur.
- Berpegang
kepada hadith Ahad tetapi dengan syarat-syarat tertentu.
c.
Al-Ijma'
d.
Qawl
Sahabat dan Tabi'en
e.
Al-Qias
f.
Istihsan
g.
Al-'Uruf
h.
Al-Masolih
al-Mursalah dan al-Istishob.
MAZHAB
MALIKI
Dinisbahkan kepada Imam Malik Bin Anas
al-Asbahi (lahir tahun 93 H, wafat tahun 179 H). Beliau digelar Imam dar
al-Hijrah, ini adalah kerana beliau ahli Madinah. Dikebumikan di perkuburan
baqi', Madinah. Beliau salah seorang dari pada Imam madrasah ahli al-Hadith.
Asal
Mazhab beliau adalah :
a.
Al-Quran
al-Karim.
-
Mengambil zahir nas, umumnya, juga menerima
'mafhum mukhalafah' dan 'mafhumMuwafaqah'
b.
As-Sunnah
an-Nabawiyah
-
Menerima hadith Ahad tanpa syarat.
-
Menerima Hadith Mursal.
-
Mendahulukan 'Amal Ahli Madinah' daripada Hadith Ahad.
c.
Al-Ijma'
d.
Qawl
Sahabat
e.
Al-Qias
f.
Al-Maslahat
al-Mursalah serta kerap menggunakannya.
g.
Al-Istihsan.
h.
Saddu
al-Dzara'ik
MAZHAB SYAFI'I
Dinisbahkan kepada Imam Muhammad Bin Idris as-Syafi'e (lahir
tahun 150 H, wafat tahun 204 H), keturunannya bertemu dengan keturunan
Rasulullah SAW pada Abdul al-Manaf. Dilahirkan di gazza, Palestina .
Setengahnya mengatakan di 'asqolan, meninggal di Mesir. Membesar di Mekah
sehingga diizinkan memberikan fatwa ketika berumur 15 tahun, berpindah ke
Madinah dan menuntut dengan Imam Malik dan Yaman, kemudian ke Baghdad, menuntut
dengan Imam Muhammad bin Hasan al-Hanafi, akhirnya berpindah ke Mesir dan wafat
di sana.Beliau telah menggabungkan ilmu daripada kedua-dua aliran ahli ra'yi
dan ahli al-hadith. Ini menyebabkan beliau sangat dihormati oleh kedua-dua
aliran.
Asal
Utama Mazhab:
a.
Al-Quran
al-Karim.
-
Beramal dengan Al-Quran serta as-Sunnah menjadi
pengtakhsis, penjelas serta pentaqyid baginya.
-
Memegang zahir Nas sehingga terdapat dalil yang
membawa maksud lain dr zahir
b.
As-Sunnah
an-Nabawiyyah.
-
Memegang hadith dengan syarat bersambung dan
shohih sanad, yaitu dengan perawi yg 'thiqqah', 'Sadiq', Wara', Memahami apa
yang diriwayatkannya, 'dhobid', serta
mendengar hadisth secara langsung dari orang yang diambilnya.
mendengar hadisth secara langsung dari orang yang diambilnya.
-
Tidak menyetujui Abu Hanifah dalam syarat
pemakaian Hadith Ahad.
-
Tidak menyetujui Imam Malik dalam mendahulukan
amal ahli Madinah ke atas Hadith Ahad.
-
Berlainan dari tiga mazhab lain dalam pemakaian
hadith Mursal, di mana ia menerima Hadisth Mursal dari Kibar at-Tabi'en seperti
Sa'id Musayyab.
c.
Qawl
Sahabat.
-
Tidak berhujjah dengan qawl Sahabat kerana
mungkin ia datangnya dari ijtihad, lalu berkemungkinan untuk silap.
d.
Ijma'
-
Berhujjah dengan Ijma' Qawli sahaja.
e.
Al-Qias
-
Sederhana dalam menerima qias. Tidak meluas seperti
Abu Hanifah dan tidak terlalu sempit seperti Imam Ahmad.
f.
Al-Istihsan
-
Menolak pengamalan istihsan serta menyifatkan
ia perkataan bersandar nafsu.
g.
Al-istishab asal.
-sesekali mengambil
istishab
MAZHAB HANBALI
Dinisbahkan kepada Imam Ahmad Bin Hanbal as-Syaibani (lahir tahun 164 H, wafat tahun 241 H). Lahir di Baghdad serta wafat di sana. Salah seorang Imam Aliran Ahli Al-Hadith. Menumpukan banyak masa beliau mengumpulkan hadith yang dinamakan Musnad, mengandungi lebih kurang 40,000 hadith. 10,000 daripadanya berulang. Ia diambil daripada 750,000 hadith yang dihafaznya. (As-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasyri', Dr Mustafa as-Siba'ie, cet al-Maktab al-Islami, hlm 482).
Asal Utama Mazhab :
a.
Al-Quran dan As-Sunnah.
b.
Mengambil Qawl Sahabat.
c.
Mengambil Hadith Mursal dan Dhoif. Mendahulukan
hadith dhoif ke atas qias.
d.
Ijma'
e.
Istishob, Masalih al-Mursalah, Sadd al-zara'ik
MENGAPA
PERLU MERUJUK KEPADA KITAB MUKTAMAD SETIAP MAZHAB?
Jawabannya adalah karena:
1.
Apa-apa yang terdapat di dalam kitab muktamad
adalah mewakili pandangan jumhur ulama' dan fuqaha' mazhab serta merupakan
kesatuan pandangan mereka.
2.
Rujukan kitab muktamad dapat memberikan kita
titik perbezaan antara pandangan jumhur fuqaha' mazhab dan pandangan serta
ijtihad persendirian, juga dapat mengetahui pandangan yang bercanggah.
3.
Melindungi pengkaji, Faqih, serta Mufti daripada
keliru dengan keberbagaian pendapat yang diriwayatkan daripada berbagai
imam-imam Mazhab. Begitu juga dapat memelihara daripada tersilap menisbahkan
pandapat kepada sesuatu mazhab akibat pandangan syaz dari ulama' tertentu.
4.
Kerana Fuqaha' Mazhab masing-masing telah
menanggung tugas menyimak, meneliti dan memperbetulkan kelemahan riwayat-riwayat,
menyatukan keberbagaian pendapat serta membuat tambahan perlu yang mewakili
mazhab. (Manhaj al-Bahs fi Fiqh al-Islami, Prof. Dr Abd Wahab Abu Sulaiman, cet
Dar Ibn Hazm, hlm 123)Justeru, menjadi keperluan bagi pengkaji ilmu fiqh utk
mengatahui kitab-kitab muktamad dan utama dalam setiap mazhab. Bagi menjamin
ketepatan maklumat yang digunakan dan dimanfaatkan.
KITAB-KITAB FIQH MAZHAB
MAZHAB HANAFI
Penulisan fiqh Hanafi dibahagikan kepada 3 martabat: (Lihat
Hasyiah Ibn 'Abidin, 1/64)
a)
Zohirah
al-Riwayah ( Masail al-Usul)
yaitu penulisan yang diriwayatkan daripada Imam-imam dan
Pengasas utama mazhab seperti Imam Abu Hanifah, Imam al-Qadhi Abu Yusof , Imam
Muhd Bin Al-Hasan juga Imam Zufar bin
Huzail (L. 110 –W. 158 H) dan Hasan IbnuZiyad
Antara nama kitab yang ditulis di peringkat ini adalah hasil penulisan Imam Muhd Bin Al-Hasan, 6 buah kitab yang bertaraf mutawatir dalam mazhab serta terkenal, ia diriwayatkan dengan perawi-perawi fiqh mazhab yang thiqah. Iaitu :
Antara nama kitab yang ditulis di peringkat ini adalah hasil penulisan Imam Muhd Bin Al-Hasan, 6 buah kitab yang bertaraf mutawatir dalam mazhab serta terkenal, ia diriwayatkan dengan perawi-perawi fiqh mazhab yang thiqah. Iaitu :
a)
Al-Mabsut ( Kitab terpenting Muhd Al-Hasan)
b)
Az-Ziadat
c)
Al-Jami' al-Shoghir
d)
Al-Jami' al-Kabir
e)
Al-Siaru al-Kabir
f)
Al-Siaru al-Shoghir
Kemudian keenam-enam kitab ini diringkaskan oleh Abu Fadl
al-Marwazi (al-Hakim al-Syahid) dalam kitabnya ' Mukhtasor al-Kafi'. Kitab ini
kemudiannya di syarahkan oleh Imam Shamsuddin Al-Sarakhasi dalam 30 juzuk.
Kitab utama ini diberi namaAL-MABSUT', namanya sama dengan nama kitab
terpenting Muhd Al-Hasan. Kitab ini merupakan kitab muktamad dalam mazhab
Hanafi, serta mudah dijumpai di Maktabah di Perpustakaan Islam seluruh Dunia.
Manakala kitab yang 6 tadi, agak sukar dijumpai dan dipakai dalam rujukan para
ulama' mutakhir.
b)
Masail
an-Nawadir
yaitu
kitab yang diriwayatkan individu-individu yang disebutkan nama mereka di atas,
tapi ianya jalan periwayat kitab ini tidak thabit dan thiqat spt kitab-kitab di
atas.
Antara
kitab ini, diriwayatkan oleh Imam Muhd al-Hasan seperti al-Badai', al-Sanai' oleh al-Kasani dan
lain-lain. Adapaun yang diriwayat dari Hasan bin Ziyad yaitu al-Muharrar dan
juga Kitab al-Amali yang diriwayatkan dari Al-Qadhi Abu Yusof.
c)
Al-Waqi'at
wa al-Fatawa
yaitu kitab yang mengandungi persoalan hukum yang dikeluarkan
oleh Imam-imam Mujtahid Mazhab yang terkemudian, dimana tidak terdapat sebarang
riwayat tentangnya dari ulama' mazhab terdahulu. Antara pemilik kitab-kitab di
martabat ini adalah 'Isam bin Yusof, Ibnu Rustam, Muhd bin Sama'ah, Abu
Sulaiman al-Jurjani, Abu Hafs al-Bukhari.
Manakala kitab terawal mazhab Hanafi yang menggabungkan
fatwa-fatwa adalah kitab An-Nawazil oleh Al-Faqih Abu Laith as-Samarqandi dan
diikuti oleh ulama' lain.
Antara individu yang termashyur dengan penulisan dan
meriwayatkan Fiqh Hanafi selepas Muhd dan Abu Yusof adalah 'Isa bin Aban . Muhd
Bin Sama'ah. Hilal bin Yahya . Al-Khasof. serta
Imam Abu Ja'afar at-Thahawi.
Antara kitab-kitab mazhab Hanafi (disamping kitab utama di
atas) yang sering dijadikan rujukan oleh para ulama' masa kini dan dalam
penulisan tesis ilmiah adalah :
a)
Al-Kafi, Abu Fadl al-Marwazi (al-Hakim
al-Syahid)
b)
Al-Mabsut, Imam Shamsuddin al-Sarakhasi.
c)
Tuhfah al-Fuqaha', Abu Bakar as-Samarqandi.
d)
Al-Badai' as-Sonai', 'Alauddin Abu Bakar
al-Kasani.
e)
Al-Hidayah, Ali Bin Abi Bakr al-Marghinani.
f)
Al-Ikhtiyar li ta'lil al-Mukhtar, Abdullah Bin
Mahmud al-Mawsili.
g)
Al-Bahr al-Ra'iq, 'Abdullah Bin Ahmad
an-Nasafi.
h)
Tabyin al-Haqa'iq, Uthman bin Ali Az-Zailai'ie.
i)
Fath al-Qadir fi Syarh al-Hidayah li
al-Marghinani, Muhd bin Abd Wahid ( Kamal Ibn Humam)
j)
Ar-Rasail al-Zainiyah fi Fiqh al-Hanafiah, Ibn
Nujaim.
k) Al-Fatwa
al-Hindiyyah, kumpulan Ulama' India bermazhab Hanafi.
l)
Radd al-Muhtar 'ala ad-Durr al-Mukhtar,
Al-Allamah Muhd Amin Ibn 'Abidin.
Demikianlah beberapa buah kitab fiqh Hanafi yang sering menjadi rujukan para ulama' berbagai bidang apabila ingin mengetahui pandangan mazhab Hanafi. Ringkasnya, kitab muktamad mazhab Hanafi adalah al-Kafi oleh al-Hakim dan Al-Mabsut oleh Imam al-Sarakhasi.
MAZHAB MALIKI
Kitab utama Mazhab Maliki digelar Al-Ummahat. Kitab Ummahat di dalam mazhab Maliki adalah spt berikut : ( Rujuk Mawahibul Jalil karangan al-Hattab, hlm 7)
a)
Al-Mudawwanah al-Kubra, Imam Malik Ibn Anas .
melalui riwayat Sahnun.Ia merupakan kitab terbesar di dalam mazhab Maliki.
Terdapat 30,200 masalah Fiqh sebagaimana yang disebut oleh Imam Al-Ma'zari
al-Maliki. dalam kitabnya Taklil ad-Durar.
b)
Al-Mustakhrajah, Muhd Bin Ahmad al-Atabi al-Andalusi.
Di dalamnya terdapat berbagai masalah fiqh yang agak payah dan syaz, walaupun
demikian, kitab ini menjadi pegangan Ulama' Malikiah spt Ibn Rusd al-Hafid.
c) Al-Mawaziah, Muhd Bin Ibrahim al-Iskandari,
dikenali sebagai Ibn Mawaz/Muwaz.Kitab ini juga merupakan kitab agung yang
dikarang oleh Ulama' Maliki serta dianggap yang paling shohih. Paling lengkap
serta diakui terbaik oleh al-Qabisi berbanding semua kitab Maliki. Ia berkata,
asalnya kitab ini dikarang oleh pengarangnya untuk menjadi kitab panduan Mazhab
dalam masalah furu'.
d) Al-Wadihah fi Sunan wa al-Fiqh, Abd Malik Bin
Habib al-Salmi.
Antara kitab Fiqh Maliki yang sering menjadi pegangan oleh Ulama' semasa itu adalah seperti berikut :
a) Al-Mudawwanah, Imam Malik.
b) Al-Isyraf 'ala Masail al-Khilaf, al-Qadhi Abd
Wahab Ali al-Baghdadi.
c) Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, Ibn
Rusd al-Hafid. Adakalanya dianggap sebagai kitab Fiqh Perbandingan.
d) Al-Furuq, Ahmad Bin Idris al-Qarafi.
e) Az-Zakhirah, Ahmad bin Idris Al-Qarafi.
f) Tabsirah al-Hukkam Fi Usul al-Aqdhiyah, Ibn
Farhun.
g) At-Taj wal-Iklil Li Mukhtasar Khalil B. Ishak
al-Maliki . oleh Abu Abdullah Muhd Bin Yusof al-Mawaq.
h) Mawahib al-Jalil Syarh Muhktasor Khalil, Muhd
bin Muhd al-Hattab.
i) Al-Syarh al-Kabir 'ala Mukhtasar Khalil, Ahmad
Dardir .
j) Hasyiah ad-Dusuqi 'ala syarh al-Kabir lid
Dardir, Muhd ad-Dusuqi.
k) Hashiyah al-Amir,Muhd Bin Muhd as-Sinbawi
Al-Amir .
l) Fath al-Ali al-Malik, Abu 'Abdullah Ahmad
'illisyh.
m)Manh al-Jalil Syarh Muhktasor Khalil, Abu 'Abdullah
Ahmad 'illisyh.
n) Fath al-Rahim 'ala fiqh al-Imam Malik bi
al-Adillah, Muhd Bin Ahmad as-Shanqiti.
Begitulah beberapa buah kitab fiqh mazhab yang
menjadi tumpuan, kitab muktamad fiqh Maliki yang utama adalah al-Mudawwanah
al-Kubra.
MAZHAB
SYAFII
Sebelum penulis mendedahkan nama kitab utama
dan muktamad dalam mazhab Syafie, adalah terlebih elok kiranya, diperjelaskan
terlebih dahulu beberapa istilah penting yang sering terdapat di dalam kitab
fiqh Mazhab Syafie, ini amat penting bagi memahami kandungan fiqh Syafie.
(Rujuk al-Muhazzab fi Fiqh al-Syafie, Imam As-Syirazi. Juz 1, hlm 30) :
1)
Al-Adzhar
yaitu
pandangan yang lebih kuat daripada dua atau lebih, pandangan yang datangnya
dari Imam As-Syafieapabila perselisihan kedua-dua pandangan itu sama-sama
berdiri di atas dalil yang kuat. Bagi mentarjih antara pandangan seumpama ini
disebut al-adzhar.
2)
Al-Masyhur
yaitu
tarjihan dari dua pandangan atau lebih dari Imam Syafie, dimana mukabilnya
berdalilkan dalil yang sangat lemah. Maka tarjihnya disebut al-Masyhur.
3)
Al-Asah
yaitu
hukum Fiqh (pandangan ) yang lebih kuat dalam mazhab Syafie di antara berbagai
pandangan dari ulama Syafie. Yang mana semua pandangan mempunyai dalil yang
kuat, maka ketika itu, pandangan yg terkuat disebut al-asoh.
4)
As-Shohih
yaitu
pandangan yg benar dan kuat daripada berbagai pandangan ulama' mazhab, yang
mana lawannya adalah pandangan dhoif krn dalil yang sangat lemah.
5)
An-Nas
yaitu
ayat yang tercatat di dalam kitab Syafie, dinamakan Nas kerana ianya marfu'
kepada Imam Syafie, yaitu dari kalamnya imam syafie.
6)
Al-Mazhab
yaitu
pendapat yang Rajih ketika wujud ikhtilaf tharik, adakalanya tharik,khatak, dan
tharik,khilaf muwafik bagi tharik,khatak, dan tharik,khilaf mukhallif bagi
tharik,khatak, dari ulama' ashab al-wujuh spt al-Ghazali, al-Qaffal (silahkan
lihat martabat ulama' mazhab Syafie setelah ini).
7)
Al-Takhrij
yaitu Imam Syafie menjawap dengan dua hukum yang berbeza dalam dua bentuk soalan yang hampir serupa. Tidak jelas perbezaan antara keduanya. Bagaimanapun yang lebih tepat, pandangan seumpama ini tidak dinisbahkan kepada Imam Syafie. Demikian menurut Imam Syirazi ( lihat al-Majmu' 1/73, Mughni al-Muhtaj 1/21)
yaitu Imam Syafie menjawap dengan dua hukum yang berbeza dalam dua bentuk soalan yang hampir serupa. Tidak jelas perbezaan antara keduanya. Bagaimanapun yang lebih tepat, pandangan seumpama ini tidak dinisbahkan kepada Imam Syafie. Demikian menurut Imam Syirazi ( lihat al-Majmu' 1/73, Mughni al-Muhtaj 1/21)
Sebutan bagi pandangan Dhoif (yang lemah)
Bagi menzahirkan kedhoifan pendapat, maka akan
digunakan beberapa lafaz berikut:
a)
Qila
kaza
b)
Wa
fi qawl kaza
c)
Ruwiya
Selain istilah di atas, terdapat juga istilah
yang kerap digunakan, berikut disertakan maksud bagi setiap istilah:
a)
Syeikhain
yaitu
Imam An-Nawawi (lahir tahun 631 H,676 H) dan Imam Ar-Rafie (lahir tahun 557 H,
wafat tahun 623 H)
b)
Al-Qadhian
yaitu
Qadhi Al-Mawardi. dan Qadhi Ar-Ruyani
c)
Al-Imam
yaitu
Imam al-Haramain ( Imam Abd Malik Bin Abu Muhd Al-Juwaini)
d)
As-Shuyukh
yaitu
Al-Nawawi, Ar-Rafie dan Tajuddin Al-Subki
e)
Apabila
Khatib as-Syarbini. sohib kitab al-Iqna' dan Mughni al-Muhtaj
mengatakan 'syeikhi' maka ia bermaksud Muhd Bin Ahmad Ar-Ramli.
f)
Syeikh
al-Islam
yaitu
Imam Zakaria al-Ansori.
g)
Hujjat
al-Islam
yaitu Imam
Abu Hamid al-Ghazali.
Pembaca juga mesti mengetahui kedudukan para
ulama' Syafie, ianya amat penting dalam menentukan pendapat siapa yang lebih
kuat dan akan diikuti dalam mazhab jika berlaku pertembungan. Ia adalah seperti
berikut Pendapat yang muktamad dalam mazhab Syafie dari kalangan ulama' ialah
Al-Imam An-Nawawi dan Imam ar-Rafie.
Apabila
bertembung pendangan mereka berdua, maka diutamakan pandangan Imam Nawawi dari
pada Rafie. Apabila bertembung pandangan Nawawi dengan pandangannya dari
lain-lain sumber tulisannya. Maka kitabnya menurut tertib I'timad dalam mazhab
seperti berikut :
1)
At-Tahqiq
2)
Al-Majmu'
Syarh al-Muhazzab
3)
Al-Tanqih
4)
RawdahAl-Tolibin
5)
Minhaj
al-Tolibin
6)
Al-Minhaj
Syarh Shohih Muslim
7)
Tashih
at-Tanbih
Sebagaimana disebut tadi selain Nawawi, Ulama' yang dipegang dari kalangan ulama adalah Imam ar-Rafie khususnya kitab 'Fath al-Aziz Syarh al-Wajiz lil Ghazali. Manakala dari kalangan Ulama' yang menjadi sumber pegangan mazhab syafie yang utama ialah bagi Ulama' Mesir, mereka memegang qawl As-Syeikh Muhd Bin Ahmad Ar-Ramli. dalam kitab-kitabnya terutamanya kitab Nihayat al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj'. Sesungguhnya kitab ini telah dibacakan kepada hampir 400 orang ulama' Syafie, serta telah diperkemas dan dikritik oleh mereka. Lalu ia telah sampai had mutawatir dalam kebenaran kandungan mazhab Syafie.
Bagi Ulama' Hijaz, Syam (Syria, Jordan, Libanon, Palestin),
Hadramaut, Yaman dll. Mereka memegang (I'timad) qawl As-Syeikh Ibn Hajar
al-Haitami. khususnya dalam kitabnya Tuhfat al-Muhtaj bi syarh al-Minhaj. Sebagaimana
kitab oleh Ar-Ramli tadi, demikian juga kitab oleh Ibn Hajar ini, ianya
dibacakan kepada ratusan ulama' Syafie.
Sekiranya bertembung qawl ar-Ramli dan Ibn Hajar al-Haitami sekiranya
mufti dr kalangan ahli Tarjih, maka bolehlah ditarjihkan mana-mana pandangan
dari keduanya. Kiranya tidak, mestilah melihat kepada si penyoal, yaitu di
tahap org awam atau berilmu dan sebagainya, lalu bolehlah ditarjihkan pandangan
menurut keadaan si penyoal. ( Majmu'ah Sab'ah Kutub al-Mufidah, Syeikh Alawi
as-Saqqaf as-Syafie, ms 38)
Banyak lagi maklumat berkaitan kitab mu'tamad serta istilah yang perlu diketahui oleh pembaca sebelum dpt memahami kandungan kitab serta mazhab Syafie dengan sempurna, untuk mengetahuinya boleh pembaca merujuk kitab berikut :
a)
Al-Fawaid al-Madaniah fi Bayan Ikhtilaf
al-Ulama' as-Syafi'iyah, al-Allamah Muhd Sulaiman al-Kurdi.
b)
Al-Ibtihaj fi Bayan Istilah al-Minhaj,
al-Allamah Ahmad B. Abu Bakar Al-Alawi al-Hadrami.
c)
Al-Fawaid al-Makiyyah fi al-Masail wa
ad-Dawabid.., Al-Allamah Sayyid Alawi As-Saqqaf.
d)
Al-Mazhab 'Inda as-Syafi'iyyah, Prof. Dr Muhd
Ibrahim (Univ. Umm al-Qura, Mekah)
SUSUR GALUR KITAB UTAMA SYAFI'E
Terdapat 2 (dua) buah kitab asal Syafi'e yaitu :
a.
Al-Hujjah
yaitu
kitab beliau yang ditulis semasa berada di Baghdad, ianya ibarat kitab yang
mengandungi 'qawl qadim' (pendapat lama) Imam Syafi'e. Kitab ini diriwayatkan
oleh Imam Ahmad Bin Hanbal, Imam Abu Thaur, Az-Za'farani dan al-Karabisi.
b.
Al-Umm
Yaitu
kitab beliau yang dikarang ketika berada di Mesir, ibarat kitab yang
mengandungi 'qawl jadid' bagi mazhab Syafie. Ia diriwayatkan oleh Imam Yusof
Bin Yahya Al-Buwaiti, Imam Ismail Bin Yahya Al-Muzani.
Ar-Rabi' al-Jizi dan Ar-Rabi' Bin Sulaiman al-Muradi
Terdapat 4 (empat) kitab asal Syafie yang
menjadi aliran utama ilmu Al-Syafie yaitu Kitab Al-Umm, Al-Imlak, Mukhtasar
al-Buwaiti dan Mukhtasar al-Muzani.empat kitab ini diringkaskan oleh Al-Imam
al-Haramain al-Juwaini. lalu diberi nama ' AL-NIHAYAH'.Kitab ini kemudian diringkaskan
oleh Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali. yang merupakan anak murid Imam Haramain
kepada 'AL-BASIT dan kemudian beliau meringkaskannya lagi kepada 'AL-WASIT' dan
beliau ringkaskan lagi kepada 'AL-WAJIZ' dan kemudiannya kepada 'AL-KHULASAH'.
Kitab 'al-Wajiz oleh al-Ghazali tadi pula di syarah oleh As-Syeikh al-Imam Ar-Rafi'e lalu diberi nama 'FATH AL-'AZIZ'. Kemudian diringkaskan oleh Imam An-Nawawi kepada 'RAWDAH AL-TOLIBIN', dan kemudian diringkaskan pula oleh Ibnu al-Muqri kepada 'AL-RAWD.
Kitab al-Wajiz tadi juga, pada masa yang sama diringkaskan juga oleh Al-Imam Ar-Rafie (Rafie meringkas dan mensyarah kitab al-Wajiz) lalu diberi nama 'AL-MUHARRAR' kemudian diringkaskan juga oleh An-Nawawi kepada MINHAJ AT-TOLIBIN, kemudian diringkas pula oleh Syeikh al-Islam Zakaria Al-Ansari kepada 'AL-MANHAJ' dan seterusnya diringkaskan lagi oleh Al-Jawhari kepada AL-NAHJ.
Kitab 'al-Wajiz oleh al-Ghazali tadi pula di syarah oleh As-Syeikh al-Imam Ar-Rafi'e lalu diberi nama 'FATH AL-'AZIZ'. Kemudian diringkaskan oleh Imam An-Nawawi kepada 'RAWDAH AL-TOLIBIN', dan kemudian diringkaskan pula oleh Ibnu al-Muqri kepada 'AL-RAWD.
Kitab al-Wajiz tadi juga, pada masa yang sama diringkaskan juga oleh Al-Imam Ar-Rafie (Rafie meringkas dan mensyarah kitab al-Wajiz) lalu diberi nama 'AL-MUHARRAR' kemudian diringkaskan juga oleh An-Nawawi kepada MINHAJ AT-TOLIBIN, kemudian diringkas pula oleh Syeikh al-Islam Zakaria Al-Ansari kepada 'AL-MANHAJ' dan seterusnya diringkaskan lagi oleh Al-Jawhari kepada AL-NAHJ.
Demikianlah susur galur beberapa kitab utama
Mazhab Syafie dan alirannya yang diambil dari pada Imam Syafie, sohib
al-Mazhab.
Sebagai ringkasan dan tambahan berikut kitab
utama mazhab Syafi'e yang sering menjadi tumpuan utama para ulama' setiap zaman
yaitu :
1)
Al-Umm, Imam Muhd Bin Idris al-Syafi'e.
2)
Al-Wajiz, Imam al-Ghazali
3)
Fath al-'Aziz, Imam ar-Rafie
4)
Al-Majmu', Imam An-Nawawi, serta semua kitab
beliau.
5)
Tuhfat al-Muhtaj, Imam Ibn Hajar al-Haitami
6)
Nihayat al-Muhtaj, Imam Muhd Ar-Ramli (di gelar
Syafi'e Soghir)
7)
Al-Hawi al-Kabir Syarh Mukhtasar Al-Muzani,
Al-Imam al-Qadhi Muhd Bin Habib Al-Mawardi.
8)
Tuhfat al-Tullab Bi Syarh Tahrir Tanqih
al-Lubab, Syeikh al-Islam Abu Yahya Zakaria al-Ansari.
9)
Mughni al-Muhtaj ila ma'rifat AlFaz al-Minhaj,
Muhd bin Ahmad As-Syarbini al-Khatib.
10) Al-Iqna',
Muhd bin Ahmad As-Syarbini al-Khatib
11) Al-Muhazzab,
Imam Ishak Ibrahim Bin 'Ali Al-Syirazi
12) At-Tanbih,
Imam Ishak Ibrahim Bin 'Ali Al-Syirazi.
13) Khoshiyah
al-Bajuri 'ala syarh Ibn Qosim, Ibrahim Bin Muhd al-Bajuri.
Satu perkara lagi yang wajib diketahui oleh
pengikut mazhab Syafie adalah turutan para Ulama' Syaf'ieyyah apabila berlaku
pertembungan di antara kitab muktamad mazhab Syafie yaitu Nihayatul Muhtaj dan
Tuhfat al-Muhtaj. Turutan pegangan apabila pertembungan antara dua kitab
tersebut (masalah yang tidak dapat ditarjihkan) adalah sepertiberikut :
1.
Merujuk kepada pendapat Syeikh al-Islam Zakaria
al-Ansari.
2.
Al-Khatib As-Syarbini.
3.
Hasiyah az-Ziyadi
4.
Hasiyah Ibn Qasim.
5.
Hashiyah 'Amirah 'ala Syarh Jalaluddin, Shihabuddin
Ahmad Al-Barlisi.
Demikianlah, turutan ulama' mutaakhirin dari
mazhab Syafie. Ringkasnya, kitab Muktamad dalam Mazhab Syafie adalah Al-Majmu',
Fath al-Aziz, Nihayatul Muhtaj dan Tuhfatul Muhtaj.
MAZHAB HANBALI
MAZHAB HANBALI
Mazhab Hanbali merupakan aliran yang paling
sukar untuk mendapat kesatuan riwayat pendapat dari Imam mereka yaitu Imam
Ahmad Bin Hanbal. Ini adalah karena Imam Ahmad amat tegas melarang anak
muridnya dari menulis perkataannya. Justeru, sekiranya pembaca mengamati mazhab
ini, akan didapati pendapat yang disandarkan kepada Imam Ahmad bercabang-cabang
dan lebih dari satu pendapat dalam satu masalah. Bagaimanapun penulis hanya
akan menumpukan kepada kitab yang dianggap muktamad dalam mazhab dengan
mengenepikan perbincangan mengenai keberbagaian pendapat Ahmad tersebut.
Penulisan kitab pertama yang mengandungi fatwa
Imam Ahmad ialah kitab Al-Jami' oleh Abu Bakar al-Hilal demikian menurut Ibn
Jawzi al-Hanbali di dalam Al-Manaqib (hlm 618), juga Ibn Qayyim al-Jawziah
dalam A'lam al-Muwaqqi'ien (1/29).
Kemudian diperkemas pembukuan dengan
digabungkan percanggahan, mentarjihkan pandangan dll.Ini dilakukan oleh anak
murid Abu Bakar Hilal yaitu Abu Bakar Abd Aziz, kemudian usaha diteruskan oleh
anak muridnya yaitu Abu Abdullah Al-Hasan Bin Hamid atau Ibn Hamid, dengan
usahanya yang hebat lalu muncullah sebuah kitab yang diberi nama Al-Jam' fi
al-Mazhab. Mencecah 400 juzu'!. Antara nama periwayat pendapat Imam Ahmad ini
terdapat di dalam kitab Tabaqot al-Hanabilah oleh al-Qadhi Abu Husain
Al-Farrak, pada biografi Abn Hamid no 638.
Ringkasnya kitab atau ulama muktamad di dalam
mazhab Hanbali menurut turutan keutamaan adalah seperti berikut (rujuk Syarh
al-Zarkasyi ala Muhktasar al-Khiraqi, Muhd Bin Abdullah al-Zarkasyi al-Hanbali
( hlm 29, cetakan Maktabah al-Ubaidat):
1.
Al-Mughni oleh Abdullah Bin Ahmad Bin Quddamah
al-Maqdisi.
2.
Al-Muharrar oleh Abu al-Barakat al-Majd Ibnu
Taimiyah.
3.
al-Syarih.
4.
Al-Furu' oleh Ibn Mufleh
5.
Al-Qawaid al-Fiqhiyyah oleh Ibnu Rejab
6.
Al-Wajiz oleh Al-Hussain ad-Dajili
7.
Al-Ri'ayatain oleh Ibn Hamdan
8. An-Nuzum.
9.
Al-Khulasah.
10. Syeikh
al-Islam Taqiyuddin Abu al-Abbas Ibn Taimiyah al-Harrani
11. Tazkirah
oleh Ibn 'Abdus
Mereka semua telah menyunting kalam para ulama' terdahulu
serta meletakkan qawaid (kaedah) bagi mazhab.Secara ringkasnya, berikut adalah
kitab pegangan utama oleh ulama mutaakhir dalam mazhab Hanbali:
1.
Al-Mughni syarh Muhktasar al-Hiraqi, Abdullah
Bin Ahmad Bin Quddamah al-Maqdisi.
2.
Al-Muharraar fi Fiqh 'ala mazhab Al-Imam Ahmad,
Abu Al-Barakat Al-Majd Abd Al-Salam B. Abdullah Ibn Taimiyah al-Harrani.
3.
Al-Furu', Muhd Bin Mufleh, Ibn Mufleh.
4.
Tashih al-Furu', Ala'uddin Sulaiman al-Maqdisi.
5.
Al-Ifsoh 'an Ma'ani as-Shihoh, Yahya Bin Muhd
al-Hubairah.
6.
A'lam al-Muwaqqi'ien, Muhd Bin Abu Bakar, Ibn
Qayyim nal-Jawziyyah.
7.
Majmu' al-Fatawa, Abu Al-Abbas Taqiyuddin Ibn
Taimiyah al-Harrani.
8.
Kassyaf al-Qinaa' 'an Matn al-Iqna', Mansur Bin
Yunus al-Bahuti.
9.
Manar as-Sabil fi syarh ad-Dalil, Ubrahim Bin
Muhd Ibn Dhawyan.
Demikianlah serba sedikit nama kitab utama mazhab Hanbali. Ringkasnya, kitab muktamad Hanbali adalah al-Mughni dan al-Muharrar dan al-Furu'.
Alhamdulillah, diharapkan penulisan ini dapat memberikan
manfaat sedikit sebanyak kepada para pembaca bagi mengharungi dunia ilmu fiqh
yang luas.Sebagai akhirnya para pembaca bolehlah merujuk kitab berikut untuk
mengetahui lebih lanjut mengenai istilah dan kitab setiap mazhab. Bagi Mazhab
Syaf'ie, telah pun diutarakan di bahagian atas tadi, maka di sini disertakan
rujukan bagi mazhab selain Syaf'ie :
MAZHAB HANAFI
1.
'Aqud Rasm al-Mufti, Al-Allamah Muhd Amin Ibn
'Abidin
2.
Muqaddimah kitab ' An-Nafi' al-Kabir Syarh
al-Jami' al-Shoghir, Al-Allamah Abd Al-Hayy al-Laknowiyy
3.
Al-Mazhab 'inda al-Hanafiah, Prof. Dr Muhd
Ibrahim
MAZHAB MALIKI
1.
Muqaddimah kitab ' Nur al-Basar Syarh
al-Mukhtasar' dikenali sebagai Ithaf al-Muqtani' bi al-Qalil Fi Syarh Muhktasar
Khalil, Al-Allamah Ahmad Al-Hilali
2.
Al-Mustolah al-Fiqhi fi al-Mazhab al-Maliki, Al-Allamah
Muhd al-Fadil Bin 'Asyur.
3. Istilah
fi al-Mazhab al-Maliki, Prof. Dr Muhd Ibrahim
MAZHAB HANBALI
1.
Sifat al-Fatwa wa al-Mustafti, al-Imam Ahmad
Bin Hamdan
2.
Al-Insaf fi ma'rifat al-Rajih min al-Khilaf,
Al-Allamah Alauddin Sulaiman al-Mardawi.
3.
Al-Madkhal Ila Mazhab Al-Imam Ahmad Bin Hanbal,
Al-Allamah Abd al-Qadir Ibn Badran.
4.
Mustalahat al-Fiqh al-Hanbali, Dr Salim Ali
As-Thaqafi. Wallahua,lam…
PENUTUP
Demikianlah yang dapat
daku hantarkan kepada seluruh saudaraku yg ingin mempelajari mazhab.
Dimana daku menulis tak
luput dr kesilapan dan kesalahan di manatempat yg merasa perlu diperbaiki dan
dianggap kurang atau salah mohon kiranya diperbaiki dan di betulkan. Semoga
allah menunjukkan kita semua jalan yg diridhoi dan kelak di tempatkan dalam syurganya
amin.
Wassalam
Tgk Munajar Bin H Safwan
Ali
No comments:
Post a Comment