Pages

Thursday, May 30, 2013

PENJELASAN TENTANG SELAWAT SYIFA’

Dalam Rawatan Islam, Pengunaan doa daripada ayat-ayat al-Quran, doa-doa dari Hadith Nabi SAW atau doa-doa yang tidak mengandungi kata-kata pemujaan kepada makhluk atau mensyirikkan Allah SWT adalah diharuskan. Salah satu doa atau Selawat yang sering digunakan sebagai bacaan dalam rawatan Penyakit adalah Selawat Syifa’.

Bagaimana timbul sedikit kekeliruan terhadap Selawat Syifa’ ini sehingga ada yang mengatakan selawat itu boleh membawa kepada kesyirikkan kepada Allah. Kerana itu perlulah diberi penjelasan berikut.

1. Selawat ini namanya Selawat Syifa’ dan bukan Muhammad Syifa’ bermaksud yang menjadi ikhtiar atau alat untuk mendapat kesembuhan adalah selawat dan bukan batang tubuh Nabi Muhammad SAW.

2. Selawat ini terkenal keseluruh dunia Islam dan diamaalkan dunia di Nusantara dengan tidak menimbulkan pemahaman apa-apa kerana tidak pernah terlintas dalam hati pengenal selawat ini untuk menyandarkan pengubatan penyakit dan menyandarkan kesembuhan kepada zat Nabi Muhammad SAW.

3. Selawat ini bukan baru tercipta iaitu telah lma berlegar. Ia terdapat dalam kitab al-Tibb al-Nabawi. Dalam Mukaddimah pertamanya ditulis oleh Dr. Mahmud Muhammad al-Tanahi Profesor Madya di Kuliah Syariah Universiti al-Malik ‘Abd al-‘Aziz Makkah al-Mukarramah ditulis dibaris pertama mukaddimahnya dengan Selawat Syifa’.

4. Jika diandaiakn Selawat Syifa’ itu mengundang kesyirikkan kepada allah seperti yang didakwa, apakh wajar selawat itu boleh berada dalam kitab terkenal al-Tibb al-Nabawi yang diterbitkan di Makkah al-Mukarramah dan ia tidak ada sebarang masalah yang diragukan. Oleh itu yang mengusahakan penerbitannya seperti yang disebutkan tadi tidak pula mempertikaikan tentang Selawat Syifa’ tersebut lalu pnerbitan itu diedarkan kepada bacaan awam. Jadi, dapat difahami bahawa jika selawat itu mengundang kesyirikan kepada Allah sudah pasti ia telah dipadamkan atau tidak diterbitkan untuk edaran orang ramai.

5. Yang mengatakan Selawaat Syifa’ itu bermasalah keana perkataan Tibb dalam selawat itu dii’rabkan sebagai Badal. Apa pun yang boleh dii’rabkan oleh pengkritik sepatutnya mengambil kira tajuknya iaitu Selawat Syifa’. Adapun yang mengamalkan selawat ini berhujah “tibbi” (طبّ ) dalam kedudukan i’rab ialah mudhof ilaih ( مضاف إليه ) , bagi yang mudhof ( مضاف) yang dihazafkan atau dibuang. Pengkritik mengakui boleh ditakdirkan dengan takdir lughawi dengan mengandaikan ada perkataan yang sengaja dihazaf iaitu “shalaata” (صلاة) , berkedudukkan maf’ul mutlak pada waktu yang sama dia mudhof ( مضاف) . Maka selepas itu terdapat lafaz “tibb” menjadi mudhof ilaih majrur, akan tetapi mereka mempersoalkan pula kewajarannya.


Jika diakui bahawa boleh diterima amaka itulah yang sebenarnya Selawat Syifa’ iaitu selawat rawatan bukan zat Muhamamd sebagai penyembuh. Namaun dikatakan pula bahawa takdir yang demikian itu tidak ada hujah dalam bahasa Arab untuk diterima pakai. Seolah-olah mereka mengatakan bahawa tidak ada dalam bahasa arab kaedah nahunya yang boleh berbuat demikian. Dakwaaan tersebut amatlah meleset dan dakwaan kosong yang sengaja atau terlupa rujuk.

Sebenarnya dalam nahu ‘Arab khasnya dalam kitab terkenal Syarah Ibn ‘Aqil juzuk yang kedua bab al-Idafat ditulis dalam kitab itu sedemikian:

قد يحذف المضاف ويبقى المضاف إليه مجرورا، كما كان عند ذكر المضاف، لكن بشرط أن يكون المحذوف مماثلا لما عليه قد عطف، كقول الشاعر : أكل امرئ تحسبين امرأ ** ونار توقد بالليل نار
(و) التقدير "وكل نار" فحذف "كل" وبقى المضاف إليه مجرورا

Terjemahannya : terkadang dihazafkan (dibuang) Mudhof (sandaran) dan ditinggalkan Mudhof ‘ilaih (yang disandarkan kepadanya) berbaris dibawah sama seperti disebut atau ditulis al-Mudhof. Akan tetapi dengan syarat yang dibuang itu ada contohnya atau imbasannya diatafkan seperti syair Arab yang tersebut.

Dalam syair itu jelas perkataan “nar( نار ) dibaca kasrah (majrur bi al-kasrah) kerana ia berkedudukan Mudhof ilaih yang dibuang. Takdirnya “kullu( كل) . Klau dalam syair boleh dibunag sedemikian tentulah dalam penulisan dibolehkan juga. Bukan sahaj dalam syair ‘Arab yang sememangnya menjadi hujah dalam nahu ‘Arab yang malah dalam al-Quran al-Karim ada ayat Allah SWT yang juga dibuang mudhof.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 67 :

Terjemahannya : Sumber maklumat diambil dari : Tuan Guru Dato Dr. Haron Din : pengasas & Penasihat DarulSyfia. mukasuarat 30-35.

Terjemahannya : “Kamu mengkehendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedangkan Allah mengkehendaki (untuk kamu pahala) akhirat. Dan (ingatklah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

Dalam satu qiraat ada yang membacanya (الأخرةِ ) dengan kasrah Ta takdirnya (يُرِيدُ) bagi (الأَخِرَةِ) dengan mentakdirkan(عَرَضَ الأَخِرَةِ) .

Jelaslah bahawa ada kaedah bahasa Arab yang diamabil daripada ayat al-Quran dan di dalam Syarah Ibn ‘Aqil bahawa diterima pakai hujah yang kuat bahawa mudhof (مضاف) boleh dibuang (dihazafkan) dan yang tinggal mudhof ilaih ( مضاف إليه ) majrur bi al-kasrah.

Oleh itu Selawat Syifa’ ada kalimat yang sengaja dibuang iaitu (صلاة), bacaan asalnya;


I’rabnya maf’ul mutlak mudhof (مضاف) dan Tib (طبّ ) mudhof ‘ilah ( مضاف إليه ) (majrur bi al-kasrah). Qarinahnya adalah dengan perkataan salli (صَلِّ) , iaitu ada perkataan salli (صَلِّ) sebelumnya. Salli (صَلِّ) , adalah dalil yang menunjukkkan ada perkataan sebanding dengannya yang dibuang iaitu shalatan (صلاة). Dengan itu hilanglah kekeliruan dan keraguan bahawa yang menyembuhkan sebenarnya bukan Muhammad, atau zat Muhammad atau batang tubuh Muhamamd yanag menjadi bahan ikhtiar yang menyembuhkan ialah kebertana selawat. Selawat adalah termasuk dalam amal soleh dan ianya tidak menyalahi syariat dan boleh diamalkan tanpa sebarang keraguan.

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan dari abi Hurairah RA:

“Sesiapa yang berselawat keatasku sebanyak satu kali, Allah SWT akan berselawat keatasnya sepuluh kali ganda.”

Rawatan Penyakit-penyakit Jasmani (1),

No comments:

Post a Comment